kembara sirah
untuk komen yg membina, sila berikan keutamaan pd tajuk "PEPERANGAN ZAT AL-RIQA'."

Friday, March 14, 2008

PEPERANGAN ZAT AL-RIQA'

Selepas peperangan keturunan Nadhir, berlaku satu lagi peperangan iaitu peperangan yang diberi nama "Peperangan Zat al-Riqa". Peperangan ini berlaku pada bulan Jamadilawal iaitu bulan ke-5 pada tahun keempat Hijrah. Ini berlaku kerana suku Ghafatan bersiap sekali lagi untuk menyerang Madinah. Ghafatan adalah suku terbesar di Najd. Rasulullah s.a.w sendiri bersiap memimpin tentera Islam menuju ke suku Ghafatan sebelum mereka bergerak ke Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Ghafatan, rupa-rupanya Ghafatan sudah bersedia dengan bilangan tentera yang berlipat kali ganda daripa jumlah tentera Islam. Apabila kedua-dua pasukan tentera bertemu, masing-masing menunggu siapa yang mahu memulakan peperangan. Walaupun bilangan mereka besar, namun merekatakut dengan keberanian dan kehandalan tentera Islam. Oleh itu, mereka tidak berani memulakannya. Allah mencampakkan rasa gerun ke dalam hati mereka walaupun pada mulanya mereka yang mahu menyerang Madinah. Berhari-hari lamanya kedua-dua tentera berhadapan, namun Ghafatan tidak berani memulakan peperangan.
Akhirnya, mereka terfikir menyerang orang Islam semasa orang Islam sedang sembahyang. Mereka bersiap menyerang pada waktu sembahyang yang terdekat selepas itu. Pada masa itu, Allah turunkan cara sembahyang khauf iaitu sembahyang semasa perang. Tentera Islam terus mempraktikkan hukum ini. Sebahagiannya sembahyang bersama Rasulullah dan sebahagiannya mengawal. Apabila kumpulan pertama selesai sembahyang, mereka pula mengawal dan kumpulan yang mengawal tadi pula sembahyang.
Melihat keadaan itu, terbatal niat tentera Ghafatan untuk menyerang tentera Islam semasa mereka sembahyang. Mereka melihat tentera Islam sembahyang dengan senjata dan dikawal. Melihat apa yang berlaku, tentera Ghafatan bertambah gerun dan membuat keputusan untuk berundur meninggalkan tempat kediaman ke bukit. Rasulullah dan tentera Islam terus menawan kediaman dan pulang ke Madinah selepas beberapa hari disitu.
Sepanjang barada di situ, mereka berdakwah secara lisanul hal iaitu konsep berdakwa melalui perbuatan. Mereka dapat melihat cara hidup Islam yang indah dan tersusun. Disamping itu, dalam tempoh ini juga Rasulullah terus mendidk para sahabat kerana bagi beliau, yang lebih penting lagi adalah membina insan, iman dan takwa dalam peribadi setiap sahabat beliau.
Semasa tentera Islam bergerak pulang ke Madinah, ada seorang tentera Ghafatan keluar mengejar tentera Islam. Dia bersumpah tidak akan pulang selagi tidak berjaya membunuh atau menumpahkan darah salah seorang tentera Islam.
Tentera Islam berjalan terus sehingga berhenti berkhemah di suatu tempat. Pada malam itu giliran Ammar bin Yasir dan Abbad bin Bisyr berjaga malam dan mengawal tentera Islam. Sampai suatu masa, Ammar tertidur dan Abbad sedang sembahyang malam. Abbad berada di kawasan paling tinggi di situ supaya dia dapat melihat sebarang pergerakan ke arah tentera Islam.
Dalam senyap-senyap dan kegelapan malam itu, lelaki Ghafatan tadi telah sampai ke jarak memanah dengan Abbad. Dia memanah Abbad yang sedang khusyuk sembahyang. Anak panah itu terkena bahu Abbad. Abbad yang sedang khusyuk sembahyang tidak mahu memotong sembahyangnya. Dia mencabut anak panah dan terus sembahyang.
Lelaki Ghafatan tadi berasa pelik. Abbad tidak bergerak-gerak. Tidak pernah panahanannya pada jarak itu meleset. Dia pun memanah sekali lagi. Abbad mencabut panah dan terus sembahyang, tidak bergerak-gerak lagi. Lelaki Ghafatan itu hairan dan memanah buat kali yang ketiga. Pada masa itu, Abbad takut dia dibunuh dan berlaku perkara yang tidak baik kepada tentera Islam. Dia turun sujud dan mengejutkan Ammar.
Ammar terkejut melihat kecederaan Abbad, "Kenapa tidak dikejutnya dari awal?".
Abbad berkata, "Aku sedang membaca surah yang aku tidak mahu berhenti dari surah ini. Kalaulah bukan kerana takutkan keselamatan Rasulullah dan tentera Islam, nescaya aku tidak akan berhenti dari sembahyangku".
Si Ghafatan tadi, apabila tiga kali dia memanah Abbad dan melihat panahannya tidak memberikan kesan sedangkan dia pakar memanah dan tidak pernah panahannya meleset, Allah mencampakkan rasa gerun kedalam hatinya. Terus dia berundur senyap-senyap pulang ketempat sukunya. Inilah dia "Peperangan Zat al-Riqa' ". Dinamakan Zat al-Riqa' kerana tentera Islam yang berjalan kaki terlalu jauh sehingga koyak kasut mereka dan sampai luka-luka kaki mereka. Akhirnya mereka terpaksa membalut kaki dengan kain sebagai ganti kasut. Dari situlah dinamakan "Peperangan Zat al-Riqa' ".

27 comments:

badli said...

salam,,perang zat al-riqa'???menarik sekali maklumat yang ada kat blog kamu...tahniahh...

Khairil_usim said...

salam wan... perang ni jarang student dgr.. tahniah atas nukilan kisah perang ini.. dapat jugak saya tahu tentang kisah perang ini...wslmmm... takbir!!!!

bDk pAhANg said...

salam....aku teruja biler bacer ko punyer criter ni...aku harap ader citer2 lain yang lebih best dan dapat mmberi manfaat kat smua org...thankzzzz....

wangs said...

salam......ini kali pertama aku dengo perang ni. makin bertambah ilmu aku. cite dia pun best je. tahniah kerana kau berjaya menarik minat orang untuk baca blog kau. wasalam............

puteri said...

salam..panjang sangat...xlarat nak baca...tp,sori la..ada coment skt..
masih mencari????x per,faham..cari ilmu dak?
disamping wat keja yg di amanahkan,bleh juga kt berdakwah kan...dpt juga pahala, xbyk pun,ckit pun jadila...
yg penting usaha kita untuk menyampaikan dakwah,x bleh bil hal,bil lisan,x bleh bil lisan n bil hal, bil kitabah...k lah,slmt berjuang...

azianiza said...

salam....
wah...nampaknye banyak sambutan terhadap cerita awak, cerita yang awak pamirkan ni memang menarik, tambah-tambah lagi nama perang tu pun jarang di dengar..
tahniah terhadap cerita menarik yang telah dipaparkan ni..
semoga dapat melampirkan lagi kisah-kisah seperti ini agar kita semua dapat mengambil pengajaran daripadanya...
wassalam...

azna said...

azna saya rasa penulisan awak cukup hebat...dan saya tertarik dengan penulisan kamu
...teruskan usaha.....

cool+gabra said...

salam...actually this is first time i heard abt peperangan zat al-riqa..ermmm.npk sgt ilmu aku ni terlalu cetek ilmu.so far, so gud,akhirnyer aku dpt gak tau citernyer wlpun terlambat...so,aku cadangkan ko ltk la lg citer2 yg mcm ni..mn tau ader lg citer y aku akn tau..papepun...tahnx sbb ltk benda y manfaat dlm blog ko ni...

shida said...

salam..
peperangan ni kurang org tau...
thnks la bila baca cito ni menambahkan pengetahuan saya...
tapi blog awk ni malap sngt la..
ceriakan skt ek...
kn wassalam....

aisa said...

assalamualaikum...
bah..first sy nk ucapkan tahniahlah bab dpt m'maparkan cerita yg menarik...
teruskan menulis...
wassalam

amani said...

salm amboi besla blok die..sy tertarik dgn article ni..sebelum ni xpernh dgr pun nama peperangan ni.bagus2 teruskan usaha anda ye..

syawal@jerung said...

salam....
wah...nampaknye banyak sambutan terhadap cerita awak, cerita yang awak pamirkan ni memang menarik, tambah-tambah lagi nama perang tu pun jarang di dengar..
tahniah terhadap cerita menarik yang telah dipaparkan ni..
semoga dapat melampirkan lagi kisah-kisah seperti ini agar kita semua dapat mengambil pengajaran daripadanya...
wassalam...

i'm ordinary~ said...

salam.~
perang zat al-riqa?1st tyme dgar...satu post yg bagus utk tatapan sume yg ingin mengetahui lebih byk lagi tntang perang2 ni hehe keep up the good works~ ^_^

suhaini said...

bes. baru tau cite ni..nasib baik ada blog tempat kongsi cerite.tambah la lagi byk2 cite

Anonymous said...

salam,byk nya criter dlam blog ko ni,tp apa2 pun thniah la kt ko.....

mat_api said...

slm.citer anda menarik krn sy xprnh dgr citer ni....ada kemajuan smg success ea

KimAmaN said...

Salam..

Tahniah coz dpt mhasilkan sbuah blog yg tampak agak mnarik dan kreatif..jalan cerita mgenai pperangan ni pun mnarik,namenyer pn agak jarang diutarakan..kire mlalui kisah awk ni sy dpt tahu byk mgenai pprangan zat al-riqa ni..

hope leh teruskan usaha anda bkn stakat d sni saja yer..
InsyaAllah..

w.i.s.d.O.m said...
This comment has been removed by the author.
suhaini said...

ermm..good story.setiap peristiwa ada hikmahnya. orang yang menolong agama Allah,pasti Allah akan menolongnya

Ayuni said...

Salam...bestkan sebar cerita tentang sirah rasul nie,sama2 kte tambah ilmu...teruskan usaha anda...good luck!!!

ina said...

salam..cantik blog nie,mcm2 ade..prg zat al-riqa??1st time dgr,tp best citernye..teruskan menulis yer...gud luck

suhaini said...

pertama kali mata memandang,hati terpaut. lantas ku selusuri satu persatu bait-bait yang tertulis. wow!!bestnyer....rasa nak baca 39x. lain kali la sambung ek..

w.i.s.d.O.m said...

nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D

bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!

p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..

nielam said...

salam..congrate..
baru aku tahu ko ni berbakat gak..hehehe..
aku baru tgk2 2 cite atas..
not bad la..panjang sangat tapi wat orang tertanye2 nak tahu kesudahan cite..
dah cantik dah blog ni tapi boleh kot di cantikkan lgi..bagi lagi ceria for attract more people..
aku akan menyusul terus la blog ko ni..
hope ko memang nak syer ilmu..bukan nak markah semata2..
gud luck la..n congrate again...

sarahyati said...

salam...peperang ini menunjukkan semangat jihad org islam sungguh kuat tetapi orang kafir sebaliknya...dlm kisah ini jak melambangkan keperibadian kedua2nya iaitu orang islam sungguh buat apa shj untk mempertahankan islam,orang kafir lak nak menang dgn cara kotor.........terus usaha anda...........jgn anggap benda ini just assigmnt jea....tp fikir lah banyak faedahnya......

abuyon said...

salam dik. artikel yang menarik, tetapi barangkali aspek designnya kena diperingkatkan. Juga aspek bacaan untuk audiens kena diperbaiki barulah boleh baca dengan baik.

bayu said...

jazakillah...nak mintak izin tuk share dgn kawan..
teruskan usaha anda...